Bersama Pengasas

Assalamualaikum,

Syukur ke hadrat Ilahi diatas izinNya produk CHARGE dapat dilancarkan dengan jayanya setelah menjalani proses R&D lebih dari 2 tahun. Produk yang dihasilkan ini dapat membantu menyelesaikan permasaalahan kesihatan ummah dewasa kini.

Keperluan produk berasaskan agent anti oksidan dewasa kini amat tinggi untuk pasaran tempatan dan juga luar Negara. Justeru itu ia membuka peluang perniagaan yang cukup luas khusus bagi rakyat Malaysia didalam memasarkan produk ini.

Pemasaran produk ini berkait rapat dengan pemerhatian, penerangan dan layanan pengedar terhadap mereka yang mengalami penyakit. Perbezaan penyakit yang kritikal atau sederhan menjadi cabaran kita didalam membantu mereka lari dari masaalah penyakit.

Penerangan yang berilmu, jujur dan ikhlas dalam membantu pengguna amat penting didalam menjalankan urusniaga. Servis selepas jualan amat penting didalam melihat prestasi pengguna diatas keberkesanan prouduk Charge - Mangoesteen. Catatan dan rekod kesihatan pengguna memberi kita lebih pengalaman didalam berdepan dengan pelanggan yang canggih.

Perancangan gerak-kerja yang smart dan tekun adalah nadi kejayaan perniagaan ini. Perancangan rapi mengenalpasti pelanggan dan sasaran perlu ada sebelum membuka langkah. Ilmu tentang produk dan penyakit menjadi sumber untuk mengwujudkan keyakinan pelanggan keatas produk. Ilmu ini boleh didapati dalam buku, internet, pengalaman dan juga dari pakar-pakar perubatan

Latihan didalam mengendali kerenah pesakit membantu pengedar lebih yakin didalam berhujah memberi penerangan kepada pengguna. Kepuasan pelanggan diatas layanan pengedar serta ditambah dengan kebaikan produk akan menjadikan pengguna setia serta menjadi pelanggan tetap membeli dari pihak pengedar. Ditambah lagi produk CHARGE – Mangoesteen bersifat produk yang ada “jualan ulangan”kemudian harinya.

Memiliki pelanggan yang berkualiti bermakna anda telah menambah isi kantung perbendaharaan (pendapatan). Tingkatkan lagi jumlah pelanggan berkualiti anda pada setiap masa. Pembahagian masa yang konsisten, fokus dan tekun untuk memasarkan produk adalah nadi kejayaan pengedar didalam membina empayar perniagaan walaupun secara kecil-kecilan diperingkat awal.

Menyusun strategi perniagaan untuk berkembang adalah satu usaha yang bijak didalam survival perniagaan. Daya kreativiti pemasaran pengedar juga factor penyumbang kejayaan.

Kejayaan bukan lah satu perkara yang mudah untuk dicapai tetapi ia tidak mustahil dinikmati bagi mereka yang berusaha dengan bijaksana. Azam yang tinggi sahaja gear kepada kejayaan. Fahamilah maksud ini “Aku (ALLAH) tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi dia tidak berusaha untuk mengubahnya”

Sesungguhnya kita ini adalah seorang hamba dan pejuang yang berjuang mencari nikmat anugerah ALLAH diatas mukabumi ini dan dengan rasa rendah diri rezeki ini adalah hak-milik mutlak Nya.

Selamat berjuang…
Salam sayang dari insan kerdil ini

You are here: Home Syarikat Bersama Pengasas

Share on: